Sabtu, 8 Januari 2011

melancholism

suasana waktu subuh di blok-blok asrama Sekolah Tuanku Abdul Rahman takkan ditemui di mana-mana SBP lain.


ada yang menyakitkan hati.


"BANGGG BANNGGG BANGGG BANGGGG!!!!!"
(bunyi Zabir ketuk loker)


"KEBUSSSSSSSSHHHHHH"
(bunyi Jogras simbah air)


ada yang kelakar.


"sorong papannnnn,tarik papannnnnnn...buah keranjiiii dalam perahuuuu.suruh makannnnn,dia makannnnnn.suruh bangun subuh,dia tak mahuuuuu!!!"

-Cikgu Shahnun,2007.


ada yang menakutkan.

"SAYA KIRA SAMPAI TIGA,ADA LAGI ATAS KATIL,SIAP."

-codename R.


kita memang benci pada bunyi-bunyi dan suara-suara tersebut pada ketika itu.sesaat terjaga bila terdengar jeritan warden di blok Green,budak-budak Yellow( yang kurang berdisiplin) akan segera menyorok di dalam tandas,stor,dll sebab malas nak cross padang yang berembun untuk solat subuh berjemaah.

perkara-perkara pelik seperti minum air dengan pinggan,makan maggi dgn hanger (lol),jambu-betik relationship,skandal misteri,serta aktiviti kerok(?) merupakan benda-benda yang sentiasa didengari sepanjang zaman persekolahan kita.

legasi High Council yang beroperasi secara sulit ibarat Team Rocket juga pernah mengejutkan negara dengan kegiatan-kegiatan mereka.bukan salah kita,salahkan senior-senior yang kini bergelar menteri dan CEO yang mula-mula menubuhkan budaya tersebut.


yang paling terkenal ialah sindrom fly. boleh dikatakan,seorang Starian tidak akan lengkap dari segi pengalamannya jika dia tidak pernah fly walaupun sekali.biarpun Aiman Naim mahupun Aiman Rosli juga tidak terkecuali dari turut terjelepok dalam sindrom berjangkit ini.


in other words,it is hard to say that we are clean.


tapi,tidak semuanya yang kita lakukan adalah salah.setiap perkara ada baik dan buruknya.terjebak dalam pelbagai aktiviti yang pelik-pelik seawal umur 14 tahun,sambil berusaha untuk merahsiakan segala perkara tersebut dari pengetahuan orang lain bukanlah sesuatu yang mudah.


sebenarnya dari semua itu kita belajar sesuatu yang baru. kita turut belajar tentang baik dan buruk.kita mencari jalan keluar dan penyelesaian.kita melindungi rakan-rakan.kita belajar menyayangi sesama saudara.kita melakukan dosa,dan kita bertaubat daripadanya.


dianugerahkan Tuhan teman-teman sebahtera  dengan mentaliti yang serupa,kita berubah. ada yang menjadi lebih baik,ada yang menjadi lebih buruk.akan tetapi pada pangkalnya,pernahkah sekali kita lupa,bahawa kita semua manusia ciptaan Allah?


tidak pernah.


walaupun mungkin,pencapaian akademik merupakan matlamat kedua,atau ketiga atau keempat atau kesepuluh sekalipun; di alma mater tersebut kita belajar menjadi dewasa.kita menjadi lebih menghargai apa yang kita miliki. berkawan lebih erat dari mana-mana pelajar batch yang lain.


"...who had never been ashamed of their actions in youth,have never lived their youth to their fullest,don't you think?"
-Hideaki Sorachi,2010.


apa yang pasti,waktu subuh kini tidak ada lagi jeritan warden.tidak ada bunyi siren pada pukul 11.30 malam.tidak ada padang luas terbentang dan bau bubur chacha di dining hall.tidak ada perhimpunan pagi di padang basketball,serta tidur lewat malam menyiapkan khemah untuk hari sukan.


...cuma bunyi-bunyi bacaan mentera dari jiran beragama hindu,serta raungan jalan raya di Shah Alam.

...bilik-bilik air yang penuh di Kolej Za'ba.

...internet yang lembap di Kolej Tun Hussein Onn.

...kesesakan lalu lintas di Pantai Dalam.

...kesejukan yang menggigit tulang di Rochester,New York.

...teman serumah yang memasak khinzir di United Kingdom.

...pensyarah yang berat sebelah di Mansoura dan Alexandria.

...debaran dalam pesawat menuju Jerman.

...gigitan nyamuk sawah di Perlis.

...kebingitan suasana malam di Sunway.

...gelap hutan dan kepiluan hati di Sarawak.


dalam langkah menuju dunia yang deras,sekali sekala kita ingin berhenti melepas lelah.dan pada waktu itu,berpalinglah ke belakang.kerana mereka semua pasti hadir,masih lagi tersenyum dan berpaut bahu ke bahu,menyanyikan lagu yang kita suka.



selamat ulang tahun ke 8,Starian037.





"All great people are ahead of their time.they think differently,act differently,yet keeping their sanity and faith; for once again in life they'll come to treasure what God bestowed them,of enlightenment and greatness."
-Ahmad Nazirun Mubin,7.1.2011

16 ulasan:

  1. bes giler sial yun! thnks for the post! thumbs up!

    BalasPadam
  2. ayat ayat ko mmg menusuk kalbu la yun! sedap mncanak canak! weeee

    BalasPadam
  3. gila ah..layak kuaq jadi arikel paper nih...

    BalasPadam
  4. aku ingatkan awal-awal tadi palo yg tulis :)

    BalasPadam
  5. best!!zabir memang suke ketuk loker ker?haha

    BalasPadam
  6. thumbs up.suke an jd budak budak sbp nie. waaa.nk sekolah blik nk sekolah blik..

    BalasPadam
  7. I have got to give two thumbs up for this! Brilliant article.;)

    BalasPadam
  8. dan selamat ulangtahun ke-8 LEONAIRATS. Semoga ukhuwwah yang terjalin sentiasa diikat kukuh atas landasan Islam dan pada jalan Allah, insyaAllah...=)

    BalasPadam
  9. pensyarah berat sebelah? haha :D

    btw,nice post :)

    BalasPadam