Isnin, 6 Disember 2010

SONGKOK TINGGI


Gambar Songkok


Songkok memberi banyak kenangan kepada kita. Semakin hari ada antara kita yang mungkin melupakan songkok atau pun ada yang sudah tiada lagi menyimpan songkok salah satu busana alam Melayu. Jadi apakah kenangan nya songkok kepada kita dalam konteks zaman sekolah dahulu?




  1. salah satu barangan wajib bawa dan tunjuk ketika hari pertama mendaftar di asrama sekolah (sejak tahun 2002). masa tu ada pulak lah kan yang main pass pass songkok untuk di'check' oleh para guru/warden. begitulah bijak nya.

  2. juga wajib dipamerkan ketika 'inspection'. salah satu item untuk diperiksa selain buku outing, buku panduan peraturan sekolah, minyak rambut, sikat, butang baju Melayu, sabun, pemotong kuku, pengilat kasut, tuala sekolah, samping, berus gigi, ubat gigi, boxer, kalkulator saintifik, dsb.

  3. salah satu pakaian seragam untuk hari Jumaat selain wajib juga dipakai ketika ke surau, prep, menyanyikan lagu Iktiraf pada hari Jumaat, ke mesyuarat Um** Cawangan Tambun.

  4. digunakan untuk men'chartered' tempat di surau dengan meletakkannya di saf kegemaran masing-masing sementara menikmati makanan di dining hell.

Songkok juga melambangkan status dan peribadi seseorang. Kalau diperhatikan ada kelainan untuk setiap songkok yang dimiliki setiap individu. Ada yang akan kelihatan baharu sepanjang tahun, ada pula yang sudah bertukar warna hijau, biru, coklat. Rupa songkok ini boleh menentukan status ekonomi dan peribadi (sama ada menjaga ketrampilan atau tidak).


Seperkara lagi tentang songkok ialah songkok yang berada tersergam indah di atas bangunan blok akademik. ia merupakan binaan yang dibina seakan-akan bentuk songkok. dipercayai turun-temurun bahawa ia ialah tangki air.


semacam ada 'fetish' atau keinginan tersembunyi yang diperkuat dengan perkara-perkara mistik tentang keagungan dan kemasyhuran binaan yang dipanggil songkok ini. maka itu lah yang akan menarik ramai makhluk-makhluk yang seakan-akan terpukau lalu ingin menziarah ke tempat mistik tersebut.


contengan-contengan nama seperti ''ringo wuz ere'' akan dipahat di dinding songkok untuk memberi tanda bahawa legenda telah melawat dan menaikkan tahap kedewataan songkok. tidak kurang juga ada yang merakamkan gambar kenang-kenangan untuk diabadikn di dalam friendster, myspace, facebook atau digantung di dinding rumah.


mengikut pemahaman umum masyarakat di Star, adalah tidak sempurna ke'starian'an seseorang itu jika mereka tidak meliwat eh! melawat songkok sebelum tamat persekolahannya. dipendekkan, lawatan ke songkok itu lah klimaks atau tahap kesempurnaan sebagai seorang pelajar Star.


kita tidak boleh lari daripada persoalan etika. iaitu persoalan sama ada sesuatu perkara itu salah atau tidak.


kita boleh guna gambarajah ni untuk menentukan dimana letaknya amalan memanjat songkok (aku ciplak slide kuliah lecturer, hehe)

sebagaimana dilakukan dari generasi ke generasi, memanjat songkok boleh dikelaskan dalam adat atau custom. maka, adat ini merupakan suatu amalan (practice) dan didorong oleh emosi atau bersifat emosi (emotional).

jadi, boleh lah kita ketahui bahawa memanjat songkok hanya sesuatu yang didorong oleh emosi, yakni perasaan kita yang mendesak untuk melakukannya sedangkan ia bukan sesuatu yang tinggi nilai nya. jika difikirkan ia merupakan perbuatan yang rapuh dari segi nilai contohnya tidak mendatangkan faedah dan kebaikan kepada pelakunya.

apatah lagi, memanjat songkok dihukum haram oleh pihak sekolah atas tujuan keselamatan selain membuang masa dan tenaga.

walaubagaimanapun, itulah kenangan. manusia asyik terkenangkan dan bercerita perkara yang bersifat emosi dan soal perasaan yang rapuh dari segi nilai-nilai baik.

agak nya elok ke tidak kita asyik bercerita perkara-perkara emosi bila terkenangkan zaman sekolah ?sedangkan ia nyata terkebawah dalam soal etika.

6 ulasan:

  1. patut palo.ia kenangan dalam menghayati jiwa dan perasaan seseorang makhluk STAR.

    bukan semua orang boleh rasa nikmat ni

    BalasPadam
  2. hehe. saja je aku nak panjangkan sikit post ni.

    BalasPadam
  3. cikgu zainurul kena sepuk kepala dengan pak pin kat surau waktu subuh sebab dia tak pakai songkok, dia pakai kopiah.

    alahaii :D :D :D

    BalasPadam
  4. hahah.btoi kata amoi.lawak gila.lalu blok akademik jaa..asal nmpal ckgu zainirul,suma tebahak bahak gelak.

    BalasPadam
  5. aku ada masa tu pakpin lepuk dia..tak tahan aku ketawa

    BalasPadam