Selasa, 7 Disember 2010

PREP ATAU FLY?

Dalam hidup kita mempunyai peluang. Peluang untuk memilih apa yang terbaik agar kehidupan berjalan lancar dan memanfaatkan semua.
Percubaan kita adalah untuk menilai mana satu lebih menawan hati. Sama ada kestabilan atau kebebasan.
  1. Kestabilan boleh disekalikan dengan beberapa nilai atau perkara lain iaitu disiplin yang ketat, keteraturan, hormat dan persetujuan.
  2. Kebebasan pula boleh disekalikan dengan kelonggaran peraturan, kucar-kacir, keberanian untuk mempersoal dan sanggahan.
Apa yang cuba untuk dibincangkan di sini ialah bagaimana kita berada dalam pentadbiran yang bersilih ganti daripada satu pengetua kepada pengetua yang lain semasa di sekolah dahulu. Bermula daripada Pak Pin sehinggalah Pak Din, err.. Pak Jamal.. ke Pak apa entah.. ada yang panggil ayam, kita sendiri tak tahu kenapa . hihhihi..
padang sekolah yang pernah menyaksikan penyeksaan sebuah rejim totalitarian (rekaan semata-mata)

Jadi, pasti kita sedar bahawa ketika form 1 suasana sekolah amat dikawal ketat dengan peraturan dan pentadbiran sekolah. Perubahan ini adalah kerana adanya pengetua pada ketika itu, Pak Pin yang didatangkan khas untuk menjana Bapa Penjana Paradigma. hmmmm.. Kiranya Pak Pin ni reformis lah di Star dahulu, dia menjalankan usaha ke arah pengislahan Star Ipoh daripada zaman Jahiliah/zaman Gelap kepada zaman Keilmuan/Zaman Pencerahan.

Walaubagaimanapun, pengalaman sejarah kita berbeza dengan senior-senior lain yang mana pada masa itu dapat merasakan angin perubahan. Banyak perkara telah diubah ke arah kebaikan terutamanya dalam soal kerohanian (solat Subuh berjemaah), soal pelajaran (one step ahead), soal keme'ngantos'an (penapis air di setiap kelas), soal keseragaman dan pembahagian organisasi kelas (Pengurus Kelas, Penolong, S/u, Bendahari, Biro Sahsiah, Biro Kepimpinan, Biro Akademik dan Biro 3K).

Sememangnya perubahan-perubahan dalam pentadbiran dan pengurusan yang ditransformasikan telah berjaya mengubah sikap dan menaikkan prestasi sekolah tetapi adalah sesuatu yang tidak selesa apabila berada dalam suasana yang sangat ketat dengan peraturan. Semasa itu semua guru/warden tiba-tiba jadi bersemangat dan meronda setiap kali waktu prep petang dan malam. Apatah lagi, adanya hukuman ''50 rounds'' untuk sesiapa yang tidak menghadirkan diri ke surau untuk solat Subuh dan lain-lain kesalahan yang difikirkan perlu. Program 'one step ahead' juga telah menyebabkan semua pelajar menjadi begitu proaktif dan terdesak untuk mengulangkaji lebih awal agar tidak terkantoi apabila ditanya oleh guru keesokan harinya. Tidak lupa juga, pelajar telah diwajibkan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris untuk meningkatkan tahap kelancaran berbahasa.

Satu peristiwa yang penting dalam zaman persekolahan dahulu ialah kes buang pelajar tingkatan 5 seramai 20 orang yang telah menaikkan tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang kewujudan sebuah sekolah bernama STAR Ipoh. Semasa itu, perkataan 'high council'pun dilarang untuk diucapkan agar para pelajar melupakan dan meninggalkan perkara tersebut (seolah-olah ia merupakan perkara sensitif sebagaimana hak istimewa orang melayu yang tidak boleh dipersoalkan).

Zaman Pak Pin ini ialah cerminan kepada kestabilan, begitu juga dengan nilai-nilai lain yang telah disebutkan awal-awal tadi, yang secocok dengan kestabilan.

Apa yang ingin dibandingkan di sini ialah antara ketika Pak Pin dan Pengetua Terakhir kita di Star. Semasa itu, keadaan menjadi kontradik dengan keadaan semasa kewujudan Pak Pin di bumi Star. Perubahan yang awal nya dianggap baik telah berubah. Antaranya:
  1. semakin ramai tidak turun ke surau untuk solat subuh
  2. keadaan asrama semakin merosot daripada segi kebersihan dan kekemasan
  3. semakin ramai yang berani dan bangga untuk fly
  4. waktu prep semakin diabaikan seperti lewat dan ponteng
  5. disiplin pelajar dan kawalan guru/warden semakin berkurangan contohnya di blok matrik, inspection hari Ahad tidak ada untuk satu tempoh yang lama

Kebaikan yang mula bertandang semula dalam kalangan pelajar ialah hubungan senior dan junior yang boleh dianggap semakin rapat hasil kelonggaran peraturan, senior bebas untuk ke house junior. Tidak dinafikan juga, polisi pihak sekolah telah membantu ke arah ini kerana ada pelajar senior yang ditempatkan di blok junior. Pada mulanya, hanya senior yang dipilih sahaja akan menjaga junior. Namun, lama kelamaan semakin ramai senior yang turut ikut pulang semula ke house masing-masing (yang sebenarnya pergi cari jambu).

Seperkara yang menarik. Bila kita membincangkan sesuatu masyarakat yang hidup di bawah diktator, autoritarian yang mengecapi pendemokrasian akan menjalankan proses pilihan raya. Hal ini lah yang berlaku pada ketika kita di form 5. Pengetua pada masa itu boleh dianggap paling demokratik. Maka, pada masa tersebut kita telah dikembalikan hak untuk memilih Ketua Umum dalam satu proses pilihan raya.

Zaman Tn Hj Jamaluddin ini lah cerminan kepada kebebasan dan nilai-nilai lain yang secocok dengannya iaitu yang telah turut disebut awal-awal tadi.

Maka, persoalannya di sini.

Perlukah kestabilan dan dispilin yang ketat untuk membaiki prestasi dan sahsiah jika pada akhirnya semua pelajar kembali kepada keadaan asalnya?? (fly, escape prep dsb.) sebagaimana kata Ghandi "kebenaran tidak akan kekal jika ia diperoleh dengan jalan kekerasan".

Perlukah kebebasan yang memberi satu ruang untuk kita memilih, mempersoal dan toleransi jika akhirnya ia menjejaskan prestasi dan sahsiah??

Jadi, kestabilan atau kebebasan??hehehe


7 ulasan:

  1. aku rasa yg ayam tu sebab muka dia macam pakcik kepsi.hahah

    BalasPadam
  2. HAHAHA.uban memutih di kepala. sajak apa ntah masa form 1

    BalasPadam
  3. aku rasa lagi la.kestabilan.

    BalasPadam
  4. hmmm.. tu ar. tapi pengetua star asik tukar je dow. tu yang kelam-kabut tu. kejap nak save water, kejap nak suruh bdk2 pakai ensem2, tiba2 plak ada yg bt motivasi makan nasi campur. geli ''gila babi''

    BalasPadam
  5. rejim totalitarian?? haha. first time wa dengar ni..

    tak amalkan tradisi kecermelangan kott??
    tradisi high council lah.

    BalasPadam
  6. totalitarian..ha2. sampaikan cara bdk tdo pun pak pin nak control, masa tu dia tak bg bdk tido atas lantai, bawah kipas , "tido macam babi salai".

    btul jgk kan. kita ada tradisi kecemerlangan. tapi apa bnde nya tradisi kecemerlangan tu pun kita xbrp nak tau kan. heheh

    BalasPadam