Selasa, 14 Disember 2010

CUT AND PASTE: Gambar Adibah Nor pun ada! Ah giteww

Hari yang biasa. Tahun 2007. Ringo masuk ke bilik pejabat Penolong Kanan HEM. Di situ tersimpan pelbagai barang rampasan yang boleh dikira sebagai telah dimiliknegarakan menjadi harta sekolah. Tekco bersiap sedia di dapur kantin STAR. Seperti biasa juga dia akan control cun ketika menjaga kaunter nombor dua untuk mengelakkan amalan 'fret' nasi goreng kantin yang jelas merugikan perniagaan.

Pendek kata, segalanya berjalan sebagaimana yang sepatutnya. Mengikut rutin. Kalau nak diikutkan mungkin hanya Encik Zainurulizwan sahaja yang tak mengikut rutin harian di STAR kerana telah cabut ketika tahun 2006 lagi. Menurut Mr. King Eng Seng (2006, 2007), Encik Zainurulizwan meninggalkan STAR kerana berjihad.

Hari itu juga, Ustaz Rusdi masuk ke kelas Tingkatan 5T. Seperti biasa juga. "Assalamualaikum Ustaz!", Mag selaku Pengurus Kelas memulakan salam diikuti yang lain. Doa dibaca, duduk dan bersedia untuk belajar.

Mungkin nasib Hadi Karim atau Shrek tak baik hari tu. Mungkin jugak baik. Tak pasti ini berlaku pada awal atau akhir waktu kelas. Ustaz Rusdi telah merampas, mencarik dan menjadikan gambar-gambar separuh erotik Fasha Sandha yang sekian lama dipuja-puja dan ditatap di bawah pelapik mejanya menjadi gumpalan-gumpalan kertas. Shrek kecewa. Ustaz Rusdi gembira. Satu kelas ketawa.



Gambar Hiasan: Nora Danish salah satu artis rebutan selain gambar bintang-bintang bola sepak Inggeris. Jangan lupa saksikan siri Putera Katak di TV3. Isnin-Khamis pukul 4.30 petang. Rawrr!!

Sudah menjadi amalan dan kegemaran sesetengah daripada kita untuk berebut-rebut akhbar Berita Harian. Sesetengah nya pula berkeinginan kepada bahagian sisipan akhbar Hip!. Gambar-gambar artis menjadi sasaran untuk digunting dan disimpan. Tak kira sama ada disimpan dalam wallet, diselit dalam buku atau dijadikan hiasan meja. Pa'e memang suka simpan gambar Fara Fauzana.

Masa Form 3, aku duduk dalam Set P. Guru set P, tak lain dan tak bukan Teacher Mastura Shaari. Tapi ini bukan ceritanya. Aku selalu mengulangkaji buku hard cover Ma'os. Koleksi gambar artis yang dia simpan aku kira sebagai koleksi terbaik yang pernah ada di bumi STAR. Dengan guntingan yang kemas mengikut bentuk badan artis, gambar itu disisip kemas dalam buku tersebut. Boleh kata tiap kali waktu BI aku akan memeriksa buku tu untuk melihat koleksi-koleksi terbaru. Nyata tidak menghampakan, setiap kali diperiksa ada juga koleksi baharu!

Keinginan untuk mengumpul, melihat dan memiliki gambar-gambar artis ini boleh dikira sebagai satu perubahan atau peningkatan psikologi remaja lelaki yang mula menunjukkan minat terhadap jantina berlainan. Jadi, perbuatan mengumpul gambar ini merupakan manifestasi daripada perubahan psikologi remaja lelaki yang boleh dianggap normal.

Sekurang-kurangnya lebih baik daripada sesetengah yang lain, yang suka mengoyak dan menyimpan gambar rakan sebatch mahupun juniors daripada carta organisasi kelas atau di house. Malah, disimpan pula di dalam wallet.

Ada bantahan atau idea? Hehe.

5 ulasan:

  1. hahah.tebaek ah.pastu lau pagi2 pas perhimpunan mesti ada jaa org berebut p bangunan bilik guru sbab nak amek star,nak copy sudoku.

    BalasPadam
  2. aku tak tau plak ada buku camtu kat maos.huhuh kawan bawah katil je pn aku xtaw :(

    BalasPadam
  3. tak kurang juga dengan gambar yang disimpan di sebalik pam jamban toilet sebelah anjung tamu. mantap mantap pula. stok buat kerok mungkin. haha

    gambar adibah nor pun ada! ah giteww

    BalasPadam
  4. hehe.

    apai, ak pinjam ayat last ko buat tajuk post ni ye. hehe.

    :)

    BalasPadam
  5. aku memang pernah collect gambar junior tapi untuk buat carta organisasi awkayh!!haha

    BalasPadam