Jumaat, 10 Disember 2010

BUANG AIR BESAR BERDARAH. PFTT!!

Ini sejarah. Jadi, halal lah untuk kita menceritakannya atas dasar iktibar dan pengajaran supaya tak diulang lagi jika ia membawa makna buruk dan cacat. Dalam masa yang sama mesti pula dijadikan guru untuk memahami masa sekarang seterusnya dijadikan inspirasi masa hadapan.

"Those who cannot remember the past, are condemned to repeat it", (George Santayana).

Sebenarnya aku ingat-ingat lupa pasal cerita ni. Tapi, baik lah aku tulis sekarang daripada dah lupa sikit-sikit, lama-lama lupa terus. Kalau ada yang salah tolong betul kan kat ruang 'comment'. Terima kasih.

Ceritanya tentang kes buang pelajar di STAR pada tahun 2003. Masa kita Form 1. Pak Pin mengambil keputusan yang sangat berat untuk buang sekaligus 20 orang (jumlah sebenar lebih 20 orang macam yang masuk dalam media). Kronologinya lebih kurang begini:

  • Dia mengumumkan keputusan buang pelajar hari Jumaat.
  • Hari Isnin hari Form 5 dll. dibuang sekolah.
  • Jumaat berikutnya mantan Pengetua STAR yang juga berjawatan dalam Jabatan Pelajaran hadir ke perhimpunan di Dewan Besar STAR untuk memberi ucapan.
  • Hari Sabtu barulah cerita ni sampai ke pengetahuan seMalaysia atau 1Malaysia tahu ''STAR buang 20 pelajar''. Menurut cerita yang pernah didengar, hal ni sampai ke pengetahuan media kerana seorang mantan Pengetua STAR ini ke Kuala Lumpur untuk satu konvensyen/forum lalu cerita ini dengan tak sengaja sampai kepada media.
Keratan akhbar Berita Harian: ''Kumpulan ala samseng high council hidup semula. STAR buang 20 pelajar.''

Maka, apa yang nak aku timbulkan di sini ialah pengalaman aku dan sebahagian budak-budak batch kita yang pada hari Sabtu yang sama berita ni tersebar, kitorang ada di Amir Chalet, Lumut, Perak untuk Kem Wira Jaya anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah seliaan Pak Uda dan Cikgu Zul.

Hari Sabtu sebelah pagi kitorang ada tugasan kumpulan untuk diselesaikan. Tugasan tu ialah sesi temu bual dengan penduduk tempatan yang ada di situ. Adalah beberapa soalan yang perlu nak ditanyakan sebagai isi kepada presentation. Jadi, kitorang pun berjalan dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain. Peluang untuk berjalan-jalan bebas di situ kitorang guna cukup-cukup sebab aktiviti lain memang dah tersedia bosan sebab hanya dalam lingkungan kawasan chalet tu je.

Maka, setelah jauh berjalan kitorang yang dah tersedia berpecah kepada beberapa kumpulan terserempak di kawasan kedai runcit dan warung di situ. Orang-orang kat situ pulak tengok pelik je kat kitorang. Rupa-rupanya surat khabar hari tu berkepala beritakan " STAR buang 20 pelajar'' dan kebetulannya pula kitorang lah pelajar STAR yang ada di situ. Ada sorang yang sempat beli satu paper dan terus 'sold out' paper kat kedai Apek tu.

Kitorang yang bersikap kebudak-budakan dan masih lagi sepelet ni pulak bukan main gembira dan bersorak-sorak tatkala melihat nama STAR terpampang pada muka surat depan akhbar Berita Harian. Aku terus bersemangat nak beli paper kat mana-mana kedai runcit malangnya dah habis semuanya. Dengan semangat wajanya aku pergi ke public phone yang ada di situ untuk menelefon ke rumah. Semata-mata nak mintak Atuk aku belikan paper Utusan Malaysia atau Berita Harian sebab aku tau sangat memang paper kat rumah tak pernah dibeli untuk hari biasa kecuali hari Ahad*.

*Family aku memang tak beli paper untuk hari-hari biasa sejak kes Anwar Ibrahim. Masa tu terlampau muak dan jelek membaca akhbar yang terlampau pro-kerajaan. haha. Tapi sekarang tiap hari beli paper, paper Kosmo!.

Salah satu kumpulan yang pergi menemubual ke balai polis untuk menyelesaikan tugasan (tak ingat siapa). Entah kenapa entah gatal sangat nak special sangat gi temubual pak cik polis. Tak pasal-pasal ditanya macam-macam sebab perkenalkan diri sebagai pelajar STAR. Siap mintak kad pengenalan lagi. Masa tu dah tersebar STAR ni sekolah samseng mestilah habis semua nak curiga kan.. hmmm..

Bukan setakat termalu dengan orang-orang kat kampung tu. Masa hari yang sama jugak ada pulak budak-budak SERATAS yang buat program dekat dengan Amir Chalet tu. Kitorang yang berbaju cheer merah putih berbelang kuning biru putih ni pun dapat dicam dengan senang sebagai budak STAR. Nak malu pun tak boleh, nampak tak macho lah pulak kononnya. Cikgu Zul masa tu pun mintak kitorang berbangga dan berjalan dengan lagak macam tak ada apa-apa yang jadi. Masa tu sempat jugak dia memberi kata-kata semangat dan kami semua bertepuk tangan atas kejayaan STAR buat pertama kalinya muncul sebagai kepala berita setelah sekian lama. haha.

Keesokan harinya Cikgu Zulkarnain (Penolong Kanan HEM) datang untuk majlis penutup. Masa tu dia siap bawak lagi semua paper yang ada berita pasal STAR. Budak-budak yang outing kat Ipoh hari Sabtu tak payah cerita lah macam mana malunya. Semua paper kat Taman Cempaka (TC) habis dijual. Betapa hotnya STAR masa tu.

Hari Ahad setelah program selesai kitorang pun bergerak ke bandar Ipoh. Kalau tak silap aku kitorang dibahagikan ikut kelas. Jadi, aku naik bas sekolah yang baharu. Budak-budak dalam bas ni pulak terlampau excited tahap maksima. Sampaikan habis semua budak-budak perempuan dan pakcik-pakcik lori yang lalu sebelah bas nak dilambai. Aku perasan masa dah sampai kat tengah pekan Ipoh, ada dua orang pakcik tu menggeleng-geleng tengok budak-budak ni terlompat-lompat dalam bas. Kat dalam bas tu memang dah tersedia bising dan riuh macam dalam surau masa Ustaz Mokhtar bagi ceramah. Pergh!

Sampai-sampai je kat sekolah kitorang pun capai beg dan berebut-rebut nak turun. Di sini lah ceritanya, Pak Abu yang merupakan driver kitorang masa tu menahan kitorang dalam bas. Rupa-rupanya dia tak puas hati dengan kitorang yang memekak dan berperangai macam beruk dalam bas. Tambah memalukan sekolah baru je nama buruk dek kes buang pelajar hari Sabtu semalamnya. Dekat setengah jam kitorang kena ceramah dalam bas sebab buat perangai.

Antara kata-kata Pak Abu yang aku ingat. "Aku malu bawak bas kalau orang duk mengata sekolah ni sekolah samseng, sekolah budak-budak jahat. Cuba kalau periksa dapat nombor satu baru lah aku bangga, kembang je dada jadi driver korang semua ni!" (Pak Abu, 2003).

Dan ayat yang lebih kurang sama jugak dia ulang masa aku ambik Sijil SPM tahun 2009.

Masa tu memang paling mencabar untuk STAR naik semula. Dengan nama yang dah buruk, cikgu-cikgu cuba untuk naikkan semula dengan macam-macam cara. Pertama, nak mengubah pandangan orang lain tak kira lah kementerian, jabatan pelajaran, unit SBP, ibu-bapa dan orang ramai. Kedua, paling mencabar ialah nak mengubah pemikiran budak-budak STAR dan menaikkan semula semangat cikgu-cikgu dalam akademik dan ko-kurikulum.

Kata-kata yang dipetik oleh Pak Pin pada satu perhimpunan ialah '' Nak membina sesebuah institusi tu memerlukan masa bertahun-tahun lama nya tapi kalau nak meruntuhkan sekelip mata sahaja".

Kata-kata ni dia rujuk kepada sebaris ayat yang tertulis di Anjung Tamu. "Rome was not built in a day". Tak pasti lah ada lagi tak tulisan tu. Rasanya dah tak ada. Tapi cerita ni lah yang akan terus ada nampaknya. Hmmm...

Apa kata korang pulak cerita pengalaman korang pasal kes ni.

5 ulasan:

  1. time form 1 kan kene outing ikut pintu depan kan.aku tak pergi pon kem tu time tu.time outing,aku dengan sape ntah,mase nak balik star balik,betul betul depan astaka tu, ade 2 orang bawak motor, jerit kat kitorang,woh!!woh!!woh!!budak gengster!!budak gengster!!sambil menunjukkan isyarat fuck kepade kami.aku tak rase pape pon time tu.haha. ni,keluar topik sikit.dah ko beli paper utusan,memang la keluar citer anwar hari hari.hantu kerajaan bn.

    BalasPadam
  2. aku dulu nak masuk pun, fikir habis habisan cuak takut kena belasah. haha.

    walau sekejap, itu suda cukup buat aku tau yang semua rakan-rakan di star baik, peramah dan sayang satu sama lain. ooh syahdu..

    BalasPadam
  3. team aku la yg g interview pakcik2 polis tu..

    BalasPadam
  4. ohh shah, kaulah yang meng'interview' polis tuhh.

    haha. aku masa form 1 dulu, malas aku nak amek tau pasal gejala samseng kat sekolah. sebabkan aku anak sulung dalam keluarga, sebelum daftar, parent aku dah cerita macam2 pasal kehidupan kat asrama. lagi satu, bapak aku punya knowledge pasal highcouncil lebih dari aku. dok syok bersembang ngan pak pin masa hari pendaftaran. sampai tau dah perangai high council kencing kat songkok.

    masa pendaftaran 8.1.2003, tengok ramai gila berjogging kat atas padang. rupa2nya masa pak pin bg taklimat, dia cakap tu semua budak tak pegi solat subuh berjemaah. aku fikir, ni sekolah ditaktor ke hape?? sebab tu bapak aku suka aku sekolah kat star kot??

    tapi cerita pasal sekolah samseng/20 pelajar dibuang ni. aku tak rasa ramai orang tau sekolah yang mane satu. kecuali lah budak2 sekolah kat perak, sekolah2 elite, sekolah sbp.. yang lain tau nama je..

    tapi tak lama lepas tu, banyak plak berita pasal kes buli budak sekolah. mckk serang cikgu guna parang?? okay lagi.. junior kena sterika.. okay lagi. patah tangan dibelasah senior?? mati kena buli??

    tak tau nak cakap ape dah.

    sebab tu aku selalu fikir, kalau jepun ada crowzero. malaysia ada highcouncil! haha!

    BalasPadam
  5. ingat x ada satu malam tu form 5 blackout kan satu sekolah pastu fly ramai2. yg abg adam n da gang dok jaga kita dalam kegelapan malam tu kat kelas....

    BalasPadam