Rabu, 8 Disember 2010

BANGUN! BANGUN! SUBUH!!

Aku moses gila (macam Apam) yang korang semua termasuk lah aku, ada satu masalah iaitu untuk bangun Subuh. hehe. Entah macam mana plak aku cakap benda ni masalah pulak kan. Bukan bangun Subuh tu masalah tapi masalah untuk bangun daripada tidur dan mengerjakan solat Subuh. Tak kira lah dari zaman di Star sehingga lah sekarang.

Ada hari memang tak bangun langsung, sedar-sedar dah siang je. Paling tidak pun bangun untuk solat Subuh macam dalam mimpi je sebab tak mandi lepas tu sambung tido balik.

Alkisahnya pada zaman dahulu kala, semasa tembok Star masih lagi belum dipasang kawat besi macam Penjara Kajang, semasa Opel masih lagi jambu (sorry Opel), semasa Mago dan Aizat belum lagi menjaja kek pelbagai jenis di I-City Shah Alam (aku promote ni, hehe) macam-macam lah gaya dan cara warden mengejutkan para pelajar Star Ipoh untuk pergi ke surau Al-Hamdaniah solat berjemaah.
  • Form 1. Ini ialah zaman paling hardcore jemaah surau sepanjang berada di Star. Mana kan tidak, sesiapa sahaja yang tidak ke surau akan dipanggil ke hadapan perhimpunan pagi lalu dihukum lari 50 ron jika sabit kesalahan. Masa tu bukan setakat tak datang kena lari, datang lambat pun kena rejam sampai mati. Pendek kata semua turun sebab siapa-siapa yang tidur tak sedar diri akan dilibas dengan libasan maut.
  • Hari duty dua gabungan 'Tos' iaitu Mitos&Ngantos. Ini ialah hari terbaik untuk bangun lambat seterusnya mengescapekan diri daripada turun ke surau. Tapi kadang-kadang, tiba-tiba diorang mungkin mimpi datang mengejutkan dengan pukulan botol air mineral. Mesti ada pakatan daripada dua orang ni untuk sama-sama ponteng kemudian konon-konon nak buat kejutan kejutkan budak-budak bangun Subuh.
  • "Tang!! tang!! tang!!" bunyi bat kriket dipukul dengan deras pada tiang koridor. Sekujur tubuh yang enak dibuai mimpi tiba-tiba disirami air. Bukan setakat orang kena simbah, habis semua tilam basah kena air. ''WTF!!!". Tau la keja sapa kan.
  • ''Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan dia makan, suruh bangun subuh dia tak mahu". Seorang warden bertindak kreatif untuk mengejutkan para pelajar bangun Subuh. Kadang-kadang dia juga bernasyid untuk menambah kan kedinginan Subuh.
Kalau budak banglo tu tak payah cerita la, memang dah tak nampak dah jalan ke surau. Begitulah juga keadaan nya di blok matriks. Memang jarang-jarang manusia ke surau kecuali jika dikejutkan.

Haaa... ini lah dia artwork hasil titik peluh dua orang pelajar batch 47 yang tidak pernah kantoi untuk pergi solat Subuh berjemaah di surau. Kartun ini dimuatkan dalam risalah Al-Hidayah terbitan Badan Pelajar Islam (BPI).


2 ulasan:

  1. wah. cantik lagi kartun tu yeah..

    ni belum cerita lagi ada budak2 sanggup tido dalam toilet time subuh. pelik, time nak berak, pilih2 toilet yang air sejuk, ada paip getah.. tapi bila bab nak suruh pegi surau, toilet tak boleh flush pn ada jugak orang tido.

    haha.

    semua sama je!

    BalasPadam
  2. gile hambar jalan citer komik tu. nak gelak pon serbe salah.haha

    BalasPadam