Sabtu, 17 Julai 2010

old boys weekend

ketika ini, saya yakin old boys weekend sedang rancak berjalan di bumi Ipoh.

apa itu old boys weekend?

sebagai form 1 yang masih terumbang-ambing di star, pasti nya OBW ini ialah satu acara yang belum pernah dilalui. jadi, ia acara yang sangat menarik. lagi-lagi kalau daripada white house. ini asrama yang akan dimangsa kan semata-mata untuk memberi penginapan kepada orang-orang tua yang kembali ke sekolah.

kalau dah meningkat naik, form 2, form 3, form 4, form5. lain sikit lah cerita nya.

mereka akan berjumpa dengan f5 mereka dahulu, yang dah keluar Star. dipendekkan, pasangan jambu betik paling 'hot' semasa zaman persekolahan dahulu akan bersua kembali. tapi, yang betik memang lah bertambah betik. tinggal lagi yang jambu dah tak jambu dah. jambu batu agak nya. lebih maju, yang pernah menjadi jambu sudah pun bergelar betik.

bagi yang masih dalam pengajian di universiti & kolej. mereka pasti nya ingin berjumpa junior-junior. khasnya dari house masing-masing. ada juga yang memang merancang tidak pergi kerana tak mahu terjumpa junior yang pernah dikenali dahulu. sebenarnya bukan lah kenal sampai dalam seluar pun. setakat berselisih setiap hari di hadapan dining hall. semasa berebut untuk sarapan pagi hot dog atau ketika ingin membeli nasi lemak G-zen.

biasa nya guru-guru masih lagi ramai yang dikenali. sempat lah tertawa mengenang kisah terkantoi vcd lucah dari langit Taman Cempaka contohnya.

bagi yang sudah bekerja. sudah tentu cerita tentang kerja, isteri dan anak-anak.

Old boys weekend ialah program yang amat membosankan jika disertai setiap tahun. bukan sahaja kita yang akan merasa bosan sebalik nya junior-junior di Star pastinya akan merasa bosan melihat muka kita. bukan setakat junior, kucing dining pun bosan.

"asyik-asyik muka dia ni datang star, macam lah hebat sangat"

menjadi satu keinginan dan harapan untuk kembali ke alma mater dengan hasil keringat diri sendiri. memandu kereta sendiri mungkin. atau sekurang-kurang nya mendaftar di meja pendaftaran di anjung tamu.

berapa ramai yang datang tapi tidak mendaftar. bukan salah, tapi kadang-kadang yang pergi ke obw itu pun tak mendaftar sebagai ahli staroba.

teringat ucapan seorang pengetua dahulu, "kalau saya nak buat reunion/gathering, saya akan buat di hotel-hotel yang mahal, resort-resort. saya tak kan pilih sekolah untuk dijadikan tempat berjumpa"

itu lah budak STAR.