Ahad, 17 Januari 2010

hebat kah kita sebenar nya?

apa yang hebat nya budak STAR ni sebenar nya???

kita cuba tengok beberapa contoh daripada beberapa orang budak STAR yang boleh dianggap berjaya dalam bidang nya.

POLITIK, kita ada Awang Adek, Idris Jusoh, Annuar Musa (kerajaan) dan Saari Sungib (pembangkang tapi wakil rakyat). Semua nya ialah yang paling "top!". Kalau nak diikutkan nama-nama ni memang popular, tapi popular tak bermakna "hebat". Zaid Ibrahim boleh lah dianngap yang paling "top" setakat ni, hasil jualan buku Saya Pun Melayu dan tindakannya melompat dari parti politik kerajaan. Nama-nama ini senang-senang sahaja orang nampak kelemahan nya.

EKONOMI, businessman, siapa? CEO Media Prima mungkin, Abd Rahman Ahmad.

AKADEMIK, Zainal Kling, terkenal tapi jarang-jarang keluar tv, jarang-jarang ada dalam surat khabar.

HIBURAN, Hatta Azad Khan, director Wayang keluaran UiTM. Dapat banyak anugerah pun dipersoal lagi. Ada drama "Kerusi" dalam KOMSAS tingkatan 5 pun budak-budak tak faham drama tu. Rashidi Ishak, Jamal Jamaluddin pun punya ramai yang tak suka dengan kejiwangan dalam Sinar FM. Vokalis Couple, orang tak tahu pun dia budak STAR.

jadi, di mana hebat nya kita? ada kah hanya kerana boleh berkumpul setiap tahun di sekolah masa OBW?

tolong beritahu di mana hebat nya kita?

1 ulasan:

  1. oh yeah!! aidil couple!! die bdk star!! pstu smbg buat IB kat KMB..

    BalasPadam