Jumaat, 22 Januari 2010

Pek Pek dan Penerimaannya

masa kita form 1 dulu rasanya benda ni belum mula. tapi lama-kelamaan, satu persatu yang menjadi sebutan. perasankah kamu semua starian 037 bahawa bole dikatakan banyak juga nama rakan-rakan kita yang ber'pek-pek'.

tidak. tidak. saya bukannya memerli sesiapa. cuma keunikannya menjadi tanda tanya. mula-mula sikit. lama-lama jadi banyak. antaranya:

  1. Pekno
  2. Pekcha
  3. Pekma
  4. Pekga
  5. eh tadi ingat macam banyak pulak..sekali ada 4 je.

unik kan? mula-mula mungkin mereka tak menerima sangat pemakaian nama ini. tapi lama-kelamaan, mungkin boleh dikatakan nama ini menjadi signifikan mereka. seperti mana signifikannya perkataan porn dikalangan pelajar star.

betul bukan?

Ahad, 17 Januari 2010

hebat kah kita sebenar nya?

apa yang hebat nya budak STAR ni sebenar nya???

kita cuba tengok beberapa contoh daripada beberapa orang budak STAR yang boleh dianggap berjaya dalam bidang nya.

POLITIK, kita ada Awang Adek, Idris Jusoh, Annuar Musa (kerajaan) dan Saari Sungib (pembangkang tapi wakil rakyat). Semua nya ialah yang paling "top!". Kalau nak diikutkan nama-nama ni memang popular, tapi popular tak bermakna "hebat". Zaid Ibrahim boleh lah dianngap yang paling "top" setakat ni, hasil jualan buku Saya Pun Melayu dan tindakannya melompat dari parti politik kerajaan. Nama-nama ini senang-senang sahaja orang nampak kelemahan nya.

EKONOMI, businessman, siapa? CEO Media Prima mungkin, Abd Rahman Ahmad.

AKADEMIK, Zainal Kling, terkenal tapi jarang-jarang keluar tv, jarang-jarang ada dalam surat khabar.

HIBURAN, Hatta Azad Khan, director Wayang keluaran UiTM. Dapat banyak anugerah pun dipersoal lagi. Ada drama "Kerusi" dalam KOMSAS tingkatan 5 pun budak-budak tak faham drama tu. Rashidi Ishak, Jamal Jamaluddin pun punya ramai yang tak suka dengan kejiwangan dalam Sinar FM. Vokalis Couple, orang tak tahu pun dia budak STAR.

jadi, di mana hebat nya kita? ada kah hanya kerana boleh berkumpul setiap tahun di sekolah masa OBW?

tolong beritahu di mana hebat nya kita?