Rabu, 23 Disember 2009

antara 'kesepeletan' dan 'kehingusan'

dah lama perkara ini berlaku, dan sememangnya ia menjadikan sebahagian daripada sejarah yang amat berharga buat kami, STARIAN.


masih ingat tak korang time kita form 1 dulu? pakai kain pelikat pada hari jumaat? sepatutnya kita pakai samping  sekolah, tapi ko-op buat alasan tempahan belum ada. jadi, kita semua terpaksa memakai kain pelikat. jijik kan? eh salah. kelakar kan? kalau diingatkan balik, agak bodoh dan sengal la juga.


dengan tak reti ikat lah. dengan samping yang longgar lah. dengan kain gedobohnya itu. sepelet kan?


itu baru satu. 


macam mana pula dengan makmal komputer sekolah? masih tak korang ingat betapa korang amat merebuti perkakas-perkakas kuno itu untuk semata-mata meng'online'? hahah. masih tak korang ingat bagaimana lambatnya windows 95 yang dibekalkan kepada pelajar? tak boleh nak kata la betapa lembabnya komputer tu. 


aku masih ingat lagi ada satu ketika tu time aku nak pakai komputer ada la gambar angelina jolie bogel entah siapa yang buat wallpaper. terpaksa la aku tengok. hahha


moral of the day is, kita dulu sepelet.

1 ulasan:

  1. sepelet nk mpos kot.haha.

    tp siyes nk di ingtkn blik.pkai smpin gne kain plikat jln kt tc.lmpung suggh rse.mne x nyer ngn terlondeh sne sni.haha

    BalasPadam