Isnin, 9 November 2009

sayang pak cik sidek part 1

tahun 2003.pada satu pagi yang mencemaskan.homework math tak siap.


"kamu sakit apa pulak ni?"


beratur di depan encik Guffri Alpiah selepas perhimpunan.dengan harapan membuak-buak,aku segera buat muka sakit.mata sememangnya stim.

"demam cikgu.batuk-batuk..."

sambil menyerahkan buku kecik kepada cikgu,aku berpaling dan buat-buat batuk.

"UHUK UHUK!" baru nampak meyakinkan.

tanpa kompromi,beliau menandatangan buku tersebut di bawah nama penuh aku yang tertulis di atas muka surat.

"hahaha.oh yeah." kataku dalam hati.tetapi muka ku yang lembik mengucapkan "terima kasih cikgu...",sambil cikgu Guffri menyoal pelanggan seterusnya.selepas itu,cepat-cepat ambik beg kat kelas sebelum cikgu masuk.

setibanya di sick bay,sudah ada muka-muka lain yang turut mengada-ngada.budak form 3,dan form 4 terbaring lena.sebok betol lah.katil tak cukup.aku duduk di kerusi kusyen yang penuh dengan contengan.

contohnya :

Pak Cik Sidek Was Here.

Ringgo Was Here.

nama-nama high coun,ayat-ayat mencarut,nama-nama budak house white 2001,dan lain-lain.aku tak ingat.

aku membelek-belek helaian surat khabar Utusan yang entah tahun bila punya,dari rak besi di sudut dinding.ada juga buku 'Perlumbaan Kedua' di atas rak tersebut,karya Marwilis Haji Yusof,selain buku teks sejarah form 4 yang kulit plastiknya dah terkoyak-koyak.

hampir pukul 8,dari jauh kedengaran bunyi motor.pak cik Sidek sampai.sebelum pakcik Sidek masuk ke sick bay kesayangannya itu,dia sempat menegur encik Rahim,worker house Blue yang mukanya macam Zabir.

"Oii!Ape dibuatnye pagi-pagi hari?" sambil berjalan di koridor terlenggok-lenggok,dan bunyi kasut yang diseret bergema di sepanjang koridor blok matrix.

aku tak berapa dengar apa yang encik Rahim jawab.seketika kemudian,pakcik Sidek masuk.aku buat-buat tidur.orang sakit mestilah tidur.huhu.dia membuka pintu ofis kecilnya dan memasang lampu.

tak lama kemudian,sekonyong-konyong datang lagi beberapa belas orang yang juga nak ke Klinik Simee.cuma seorang yang pegang kertas kecik.yang lain semua tangguk tulis nama.menyibuk betul...dah laa sumer senior...konfem conquer sume katil.cis.

bersambung.hahaha.

2 ulasan: