Khamis, 5 November 2009

Persepsi Berbeza

lidah itu senjata yang agung


kadangkala ia menjengkelkan bila ada yang mengatakan sekolah kita sekolah gay. bukan satu. bukan dua. bukan juga tiga. berpuluh-puluh kali mungkin ratus pernah saya dengar statement ini keluar dari mulut-mulut busuk yang hanya mencemburui keunikan sekolah kita.


memang tak dinafikan kitasekolah lelaki. all boys. tak ada yang perempuan. kecuali makcik cleaner dan pekerja dining serta kantin. adakah ianya satu perkara yang merunsingkan banyak pihak? kenapa mesti mereka mempersoalkan ketentuan yang telah termaktub sekian lama? 


mungkin cemburu. mungkin juga kutukan sinis.


salah kah tiada perempuan? best sangat kah kalau ada perempuan? tidak. mereka tidak tahu bagaimana hidup dengan rakan-rakan yang sejenis. bagaimana rasanya belajar bersama kaum-kaum yang kebanyakannya malas-malas belaka. bagaimana rasanya hidup bersama-sama rakan yang tiada langsung tarikan nafsu.


pada mereka perempuan itu membawa seribu ertinya. dapat tengok awek yang cun-cun bergelek-gelek kat kelas. dapat ngendap tengah malam. dapat tengok coli mereka. mungkin itu satu kepuasan bagi mereka. sudah tentu kalau berada di sekolah lelaki, no such things will come to your mind. tak pernah terfikir pun walau sejenak untuk mengendap lelaki. hell no.


so apa yang best nya?


bagi saya, apa yang best sangat tentang sekolah kita ni, mungkin tradisi dan kisah lampau  yang teramat banyak menjadikan ianya begitu menarik. keadaan sekeliling dan juga pengalaman yang kita peroleh selama 5 tahun berada di situ tidak ketinggalan juga ilmu-ilmu yang diberikan oleh guru-guru yang senantiasa berusaha mengajar anak-anak melayu yang bernasib baik ini.


tiada perempuan. tak apalah. boleh saja cari awek kat sekolah lain. STF pun sekolah perempuan saja. TKC pun sama. mungkin kita boleh mencuba nasib badan di sana. no offence.


pengalaman dan kisah lampau? tak terkata banyaknya. antara epik yang saya minat ialah cerita 'sir...water sir'. mungkin agak mengerikan bagi sesetengah orang, tapi bagi saya ia merupakan satu sejarah, satu nukilan, satu seni yang disampaikan secara turun-temurun dari senior-senior yang terdahulu. 


walau apa pun, yang paling best mungkin sebab adanya semangat keabang-abangan. betul ke tak ni? bunyi macam jijik je. brotherhood. ha mungkin itu lagi sedap bunyinya. kemana saja kita bersama. mandi sama-sama. makan sama-sama. main sama-sama. tidur sama-sama. fly pun sama-sama.


banyak aktiviti yang kita dah lakukan bersama dan saya yakin ia sedikit sebanyak telah mengeratkan hubungan keabang-abangan antara kita. tapi bukanlah sehingga ke tahap ingin menjuburi rakan sendiri. cukup sekadar saling menyayangi antara satu sama lain. ada perasaan ingin berjaya seperti rakan-rakan yang lain. its a clean competition to me.


so sekarang pun banyak LEONAIRATS yang dah berlepas ke seluruh pelusuk dunia sampai saya sendiri pun tak ingat mereka sambung belajar di mana. saya doakan agar semua lakukan yang terbaik unutk diri sendiri dan negara. yang berada di malaysia pula jangan susah hati, walaupun kurang bernasib baik, mungkin rezeki kita ada pada masa akan datang. jadi, jangan lupa untuk teruskan usaha masing-masing untuk memperbaiki diri sendiri.


peace.




4 ulasan:

  1. haaha, sebenarnya kita dua orang je yg jadi pencatat setakat ni,

    dan ini tak bermakna "gay"

    hahahahaha

    BalasPadam
  2. hahah..belum ada yg lain..yg pnting bkan gay...haha

    BalasPadam
  3. lantak lah org laen nk ckp pe ayap..
    yg pnting skola kte best.. and lots of memories we left 'behind' this school..heheh

    BalasPadam
  4. thats correct my fren..dino ko ktne skang??

    BalasPadam