Khamis, 5 November 2009

menyedari bahawa kisah-kisah silam di alma mater kita dahulu, sekolah tuanku abdul rahman, ipoh atau nama klasik nya malay secondary school ataupun nama melayu nya sekolah melayu ipoh, blog ini ditubuhkan untuk kita kembali bergosip dan kembali menelaah kehidupan sepanjang berada di bumi ipoh.
hal ini kerana ramai antara kita tak mungkin akan seronok berbincang tentang biochemical oxygen demand (BOD) semasa kelas biologi mahupun tentang ayat "the tendency of an object to continue its movement in a straight line, or if not, to remains constant" yang mana ia merujuk kepada konsep inersia.
kita juga tidak bisa berbincang dan berdebat ala parlimen, PPM, piala perdana menteri, kita lebih berminat untuk memerihalkan suasana, pengalaman yang menggeletek jiwa seperti kisah pelajar freshie form 4 yang tertusuk perut dengan besi ketika lari daripada anjing belaan pak guard-pak guard STAR.
maka, diharapkan agar blog ini mampu menjadi satu wadah yang lebih radikal, subversif, berhaluan kiri, pernyataan yang lebih berani dan tanpa segan silu untuk membuka pekung di dada. segala bentuk sumbangan memorabilia amat lah dihargai tidak kira dalam bentuk penulisan mahupun gambar-gambar yang mengusik rasa.
akhir kata, "starian sekali, starian selamanya"

1 ulasan:

  1. haha..satu pendekatan yg berani palo...once n forever!!

    BalasPadam