Rabu, 25 November 2009

masalah meja bersepah: pihak pentadbiran gagal bertindak

aku sangat yakin dengan apa yang aku percaya.memandangkan aku salah seorang daripada penganut star ipoh aku percaya satu perkara. sesungguhnya, aku juga yakin bahawa anda semua juga punyai keyakinan yang sama. maka, anda semua juga akan percaya kerana aku percaya.
ini aku terkenang dan aku menungkan di kl sentral, brickfields. macam tak kena saja bunyinya. aku sedang makan secara monolog. sendirian. tiba-tiba fikiran yang melayang ke alam persekolahan lalu mendarat di atas meja kantin sekolah a.k.a restoran STAR. bunyi macam ekslusif habis. indah khabar daripada rupa.
sebelum itu, aku sebenarnya duduk di meja makan yang tidak dibersihkan dengan sempurna. masih ada beberapa pembungkus burger. bukan burger mak cik tahi lalat kat tepi signboard simpang regat cempaka tu. juga sos tomato berjejeran, melimpah-limpah di atas dulang, "tray".
memikirkan hal itu. aku semacam tak kisah dengan keadaan huru-hara dan haru-biru di atas meja. berselera sahaja menjamah hidangan sepinggan lengkap. kononnya cukup semua nutrisi.
ingat kah anda? di atas meja kantin sekolah kita, semasa waktu rehat, akan dipenuhi pinggan mangkuk, gelas, "spoon & fork", mungkin juga pork barangkali. pinggan-pinggan kantin berwarna merah jambu menjambukan lagi suasana di kantin sekolah. sambil makan, akan ada upper form yang usha jambu lower form. seolah-olah mengusha awek cun di mapley-mapley seksyen 7, shah alam. geli kan. bongok kan anda semua dahulu? hahaha
jadi, keadaan porak-peranda sisa makanan tidak menjadi penghalang untuk anda semua terus menjamah makanan hingga ke akhir nya. perkara ini sebenar nya serius. tambahan pula kita dididik sepenuh nya di sekolah dan asrama. apakah akan terjadi jika kita tidak membudayakan sikap "hantar pinggan dalam besen" setelah selesai makan. ini samalah ertinya dengan membiarkan pinggan mangkuk di rumah anda di atas meja setelah selesai makan.
jika sudah terdidik di sekolah malas mengemas meja setelah makan, betapakah pula keadaan nya di rumah? tak mengapa. di kantin sememang nya akan ada tek cho yang akan menyelesaikan masalah ini. di dining hall anda akan dididik untuk hal ini kerana mami intan mahupun abang gorila tak kan kemas kan untuk anda.
hal ini pernah cuba dibanteras oleh tuan pengetua, jamaluddin yusoff. hanya bertahan untuk dua ke tiga hari sahaja starian-starian bersikap seperti pelakon yang budiman membersihkan meja kantin setelah makan.
selepas itu, keadaan kembali seperti yang sepatutnya. kembali berterabur. itulah meja makan untuk seorang penuntut sekolah melayu ipoh.
semoga meja kantin star sentiasa bersepah. kalau tak bersepah bukan kantin lah nama nya. namanya restoran STAR.
sekian, "SELAMAT MENJA SE ERA"

1 ulasan:

  1. ader 2 ayt ko yg ak ske kt sni..

    1st
    ""akan ada upper form yang usha jambu lower form. seolah-olah mengusha awek cun di mapley-mapley seksyen 7, shah alam. geli kan. bongok kan anda semua dahulu? hahaha""

    lawak sial ayt ni..haha.nmpk cm bodo,tp itu realiti.hahaha

    2nd

    " "SELAMAT MENJA SE ERA" "

    hahaha.mmg xpenah2 nk berubah.bkn nk tlis balik ker kn..haha

    BalasPadam