Rabu, 25 November 2009

masalah meja bersepah: pihak pentadbiran gagal bertindak

aku sangat yakin dengan apa yang aku percaya.memandangkan aku salah seorang daripada penganut star ipoh aku percaya satu perkara. sesungguhnya, aku juga yakin bahawa anda semua juga punyai keyakinan yang sama. maka, anda semua juga akan percaya kerana aku percaya.
ini aku terkenang dan aku menungkan di kl sentral, brickfields. macam tak kena saja bunyinya. aku sedang makan secara monolog. sendirian. tiba-tiba fikiran yang melayang ke alam persekolahan lalu mendarat di atas meja kantin sekolah a.k.a restoran STAR. bunyi macam ekslusif habis. indah khabar daripada rupa.
sebelum itu, aku sebenarnya duduk di meja makan yang tidak dibersihkan dengan sempurna. masih ada beberapa pembungkus burger. bukan burger mak cik tahi lalat kat tepi signboard simpang regat cempaka tu. juga sos tomato berjejeran, melimpah-limpah di atas dulang, "tray".
memikirkan hal itu. aku semacam tak kisah dengan keadaan huru-hara dan haru-biru di atas meja. berselera sahaja menjamah hidangan sepinggan lengkap. kononnya cukup semua nutrisi.
ingat kah anda? di atas meja kantin sekolah kita, semasa waktu rehat, akan dipenuhi pinggan mangkuk, gelas, "spoon & fork", mungkin juga pork barangkali. pinggan-pinggan kantin berwarna merah jambu menjambukan lagi suasana di kantin sekolah. sambil makan, akan ada upper form yang usha jambu lower form. seolah-olah mengusha awek cun di mapley-mapley seksyen 7, shah alam. geli kan. bongok kan anda semua dahulu? hahaha
jadi, keadaan porak-peranda sisa makanan tidak menjadi penghalang untuk anda semua terus menjamah makanan hingga ke akhir nya. perkara ini sebenar nya serius. tambahan pula kita dididik sepenuh nya di sekolah dan asrama. apakah akan terjadi jika kita tidak membudayakan sikap "hantar pinggan dalam besen" setelah selesai makan. ini samalah ertinya dengan membiarkan pinggan mangkuk di rumah anda di atas meja setelah selesai makan.
jika sudah terdidik di sekolah malas mengemas meja setelah makan, betapakah pula keadaan nya di rumah? tak mengapa. di kantin sememang nya akan ada tek cho yang akan menyelesaikan masalah ini. di dining hall anda akan dididik untuk hal ini kerana mami intan mahupun abang gorila tak kan kemas kan untuk anda.
hal ini pernah cuba dibanteras oleh tuan pengetua, jamaluddin yusoff. hanya bertahan untuk dua ke tiga hari sahaja starian-starian bersikap seperti pelakon yang budiman membersihkan meja kantin setelah makan.
selepas itu, keadaan kembali seperti yang sepatutnya. kembali berterabur. itulah meja makan untuk seorang penuntut sekolah melayu ipoh.
semoga meja kantin star sentiasa bersepah. kalau tak bersepah bukan kantin lah nama nya. namanya restoran STAR.
sekian, "SELAMAT MENJA SE ERA"

Selasa, 10 November 2009

Lagu Sekolah






bangunlah wahai teman-temanku,


berkorban segenap tenagamu,


bersama berusaha memajukan bangsa,


serta tanah air kita.


bangunlah tuntut segala ilmu,


tunjukkan kebaktianmu,


jangan membuang masa,


dengannya sia-sia,


kerna 


ILMU PANDUAN HIDUP.

Isnin, 9 November 2009

aiman rosli yang redha dengan nasib nya

aiman rosli anak kelahiran hutan melintang, perak merupakan cahaya mata hasil perkongsian hidup encik rosli dan puan zabedah.

kehadiran nya dalam masyarakat star ipoh memberi seribu erti kepada warga nya. sejak itu, dia lah madu dan dialah racun.

sampailah pada suatu petang hujan lebat. bumi star dilimpahi rahmat hujan november. dia balik dengan keadaan basah lencun. macam baru sahaja pulang dari pesta sanuk songkran di Thailand.

dia dengan penuh bersemangat memperihalkan kisah hidup nya jatuh terperosok, tenggelam dalam longkang. (sila rujuk gambar atas untuk keterangan lanjut, itu dia tulis sendiri)

semasa itu, dia menceritakan kisah tersebut dengan muka "proud" seolah-olah dia telah pun lados di hadapan rakan baik ibu nya, Ringgo Steve Austin (bak kata Meon).

sayang pak cik sidek part 1

tahun 2003.pada satu pagi yang mencemaskan.homework math tak siap.


"kamu sakit apa pulak ni?"


beratur di depan encik Guffri Alpiah selepas perhimpunan.dengan harapan membuak-buak,aku segera buat muka sakit.mata sememangnya stim.

"demam cikgu.batuk-batuk..."

sambil menyerahkan buku kecik kepada cikgu,aku berpaling dan buat-buat batuk.

"UHUK UHUK!" baru nampak meyakinkan.

tanpa kompromi,beliau menandatangan buku tersebut di bawah nama penuh aku yang tertulis di atas muka surat.

"hahaha.oh yeah." kataku dalam hati.tetapi muka ku yang lembik mengucapkan "terima kasih cikgu...",sambil cikgu Guffri menyoal pelanggan seterusnya.selepas itu,cepat-cepat ambik beg kat kelas sebelum cikgu masuk.

setibanya di sick bay,sudah ada muka-muka lain yang turut mengada-ngada.budak form 3,dan form 4 terbaring lena.sebok betol lah.katil tak cukup.aku duduk di kerusi kusyen yang penuh dengan contengan.

contohnya :

Pak Cik Sidek Was Here.

Ringgo Was Here.

nama-nama high coun,ayat-ayat mencarut,nama-nama budak house white 2001,dan lain-lain.aku tak ingat.

aku membelek-belek helaian surat khabar Utusan yang entah tahun bila punya,dari rak besi di sudut dinding.ada juga buku 'Perlumbaan Kedua' di atas rak tersebut,karya Marwilis Haji Yusof,selain buku teks sejarah form 4 yang kulit plastiknya dah terkoyak-koyak.

hampir pukul 8,dari jauh kedengaran bunyi motor.pak cik Sidek sampai.sebelum pakcik Sidek masuk ke sick bay kesayangannya itu,dia sempat menegur encik Rahim,worker house Blue yang mukanya macam Zabir.

"Oii!Ape dibuatnye pagi-pagi hari?" sambil berjalan di koridor terlenggok-lenggok,dan bunyi kasut yang diseret bergema di sepanjang koridor blok matrix.

aku tak berapa dengar apa yang encik Rahim jawab.seketika kemudian,pakcik Sidek masuk.aku buat-buat tidur.orang sakit mestilah tidur.huhu.dia membuka pintu ofis kecilnya dan memasang lampu.

tak lama kemudian,sekonyong-konyong datang lagi beberapa belas orang yang juga nak ke Klinik Simee.cuma seorang yang pegang kertas kecik.yang lain semua tangguk tulis nama.menyibuk betul...dah laa sumer senior...konfem conquer sume katil.cis.

bersambung.hahaha.

Sabtu, 7 November 2009

Entiti Misteri STAR

KES 1

benda ni jadi time f1 dulu. korang ingat lagi tak ada satu kejadian aneh terjadi kat supek?? aku tak berani nak oleh banyak-banyak sebab aku tak tau sangat pasal cerita tu. tapi mungkin boleh cakap sikit la.

nak dijadikan cerita, pada hujung minggu yang hening, star seperti biasa akan menayangkan filem-filem cetak rompak di dewan. pada malam itu juga, kebiasaannya f1 lah antara makhluk-makhluk paling teruja untuk menonton filem tersebut kerana sifat kejakunan masih lagi melekat dalam jiwa.

yang mistiknya begini. ada saksi yang mengatakan supek berada di dewan menonton filem (aku pun lupa cerita apa), walhal supek yang sebenar berada di blok white (blok f1 2003). agak kengerian di situ bukan? lagi ada saksi yang mengatakan bahawa 'supek jelmaan' itu ketika pulang menonton filem berperangai agak kurang 'kesupekan'. itu je ceritanya. tak boleh nak panjang lebar sangat sebab tak berapa tau info dia.

KES 2

'ahhh...ahhh...'

macam biasa dengar? macam biasa buat? ingat lagi tak korang time kita f2 ada perkara yang melibatkan hubungan seksual? kes ni berlaku kat blok white juga (time ni dah campur ngan f3 sekali).

ceritanya begini, kalau saya tak silap, kes ni berlaku time bulan puasa kot. malam tu mereka berdua, T dan D berdua-duaan di bilik tv. mereka menonton tv berdua sahaja kot. tapi itu bukan agenda yang sebenar. selepas keboringan menonton tv, mereka beralih arah ke tempat yang lebih best, iaitu toilet. tanpa disedari, ada sepasang mata yang mengintai perbuatan mereka. Allah nampak pun mereka tak tau, ini lagi la manusia yang tengok, confirm tak perasan.

sedang mereka asyik mendayung-dayung sampan dalam toilet, dengan segera pak guard mencelah perbuatan mereka itu. saya bajet pak guard tu nak join wat 3some, rupanya nak tangkap. hah! punya la bising mereka kena maki hamun kat depan blok dengan warden-warden sekali. atan cakap benda ni jadi awal pagi, tak berapa ramai yang sedar. saya pun tak sedar time tu.

shame on you. buat malu budak black je.

yang sedihnya, esoknya pula kereta cik ainun dihempap pokok besar kat library. lepas je kejadian lucah malam tu, esoknya dah macam ribut taufan pula. hujan lebat, guruh sana sini, banjir, kereta kena hempap. semua ni saya memang yakin Allah tunjukkan betapa marahnya Dia dengan perbuatan yang keji itu. memang memalukan.

p/s jangan la korang jd gay..meskipun kita saling menyayangi.

" kak,esok charted PC 23.pukul 10. "




"kami selalu berebut.nak naik level cepat.kalaulah saya bersabar."


tahun 2004.demam Ragnarok melanda.sana sini r.o.kat dining r.o,kat prep r.o.kat dorm r.o.sanggup habis beribu-ribu untuk R.O.


"adin,nak beli M!"

"haa.bak.berapa ko nak?"

" 2 M dah arr.ko da kontek kaisha blom?"

"nanti ari jumaat aku kontek.pegi bank teros."


hari sabtu merupakan hari yang cukup indah dan ceria bagi tauke-tauke Beyond,Hi-Info,Sky,Idaz,dan cawangan-cawangan TCIT ( Assalamualaikum,3 sen,sebelah Beyond).time tuh Fantasy,Pier,dengan CCSL blom ader.CCSL masih lagi sebuah kedai gambar yang kerjanya mengambil gambar ajelah.

hari Sabtu,pukul 9.30 pagi,player-player r.o dah tercegat di pagar belakang.menanti masa untuk memecut macam pelesit.takut tak dapat tempat kat Beyond.takut prepaid 2 ragok habis.sanggup tak makan tak minum satu hari,melekat mata kat pc.asalkan dapat carik Ghostring card.asalkan dapat bantai Monk minggu lepas kat pvp.kerek ahh dengan Asura dier.


masa prep dijadikan waktu persidangan hangat.masing-masing siap bukak buku revision.dekat blok akademik,port nya kat kelas 2A.dihoskan oleh Cinok dan rakan-rakan.ahli-ahli dewan termasuklah Makyo sebagai bos besar,hazmer,amer,apiz judin,zaim,peqga,dan lain-lain.dekat blok form 1,dalam kelas 2T diketuai oleh Adin.

"aku sikit lagi nak lvl 99.lepas reincarnation nak buat Sniper."

"aku ingat nak buat account satu lagi laa.main Blacksmith pulak."

"weh,I.D aku kena lanjun dowh!!sial tol! wizard akuuuu~~"


tidak ketinggalan Muhyi bersama combatan nya,seorang knight.serta Eki juga seorang knight,seperti Hazmer dan muhyi.dari r.o jugalah hariz mendapat nama harizstarz.Cinok pernah menjadi wizard sebelum i.d itu dilanjun.lepas itu beliau berubah haluan menjadi Hunter.Adin seorang blacksmith yang berjaya.Setel assassin misteri.aku pinjam i.d rogue setel.makyo sniper rasanya,dengan bantuan kewangan dari Dr. Tengku Asmadi,iaitu ayah beliau.iba,kau pun main gak.wizard kan?ayap pon main.hizamy pon wizard.

cuma golongan-golongan yang lebih ilmuwan sedikit dari kami berjaya mengelakkan dari godaan 'bandwagon' tersebut.tahniah,palo dan rakan-rakan.

serta penghuni tetap Hi-Info yang setia bersama FIFA dan BangBus serta Circle99 mereka,sebelum tiba era myspace.tahniah juga sebab tak main r.o.



aku tak ingat korang buat bot berapa ragok sehari...asalkan naik level cepat kan.kesian mak bapak kita.takut kita makan kat dining tak sedap.last-last bagi kat kaisha.hahaha.







last-last,semua hilang.boring.tinggal.main server ciplak.main trinity.

main gunbound.main RAN.main DotA.tak main langsung.budak-budak jer sangap game...hahaha.

Jumaat, 6 November 2009

di larang kerok di sini

" abis kat tempat lain boleh laa?" -Adam Effendy,2003


kerok merbahayakan kesihatan.seperti merokok juga,mat kerok mempunyai simptom-simptom yang tersendiri.cuba cek adakah korang:

1.mata cam panda? bukan kutuk ko haziq.

2. cepat letih?

3. kaki lembik?

4. mudah stim atas benda-benda yang tak logik? macam tengok nasik lemak terbayang benda lain ker.

5. selalu sakit kepala? dan sakit belakang?

6. jantung senang berdebar atas benda-benda kecik?

7. cepat lupa?

8. rasa otak cam bingai-bingai? atau rasa nak gila?

9. dan lain-lain yang korang rasa ada kat korang.jangan tipu.ko mesti pernah kerok.


sape laa yang mula-mula mengajar perkataan kerok kat batch aku yang innocent ni...ish ish ish.bak kata pepatah,kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik.

kan pernah orang cite,kat sekeliling STAR ada pasak.orang kata kalau tumpah setitik air cumshot korang kat tanah STAR,nescaya musnahlah pasak tersebut...bertebaranlah setan-setan dan jin-jin pulang ke dorm-dorm mereka semula.green lady bole sambung gosok baju,sir water sir bole sambung main ragbi,etc.

aku rasa bukan setitik...dah segelen dah pun.

sekali kerok,kesannya sama macam korang lari maraton 4 kilometer.ini saintis mana tah cakap..

moral of the story: jangan kerok.kasihanilah anak-anak anda.

glow in the dark .



dari kiri : ijan,tauke wootwoot,tauke pondok sang pencinta,tauke pisang



kenapa kepala otak kita semua lebih kurang jer haa? mungkin itulah yang dinamakan 'common sense'.

Khamis, 5 November 2009

Persepsi Berbeza

lidah itu senjata yang agung


kadangkala ia menjengkelkan bila ada yang mengatakan sekolah kita sekolah gay. bukan satu. bukan dua. bukan juga tiga. berpuluh-puluh kali mungkin ratus pernah saya dengar statement ini keluar dari mulut-mulut busuk yang hanya mencemburui keunikan sekolah kita.


memang tak dinafikan kitasekolah lelaki. all boys. tak ada yang perempuan. kecuali makcik cleaner dan pekerja dining serta kantin. adakah ianya satu perkara yang merunsingkan banyak pihak? kenapa mesti mereka mempersoalkan ketentuan yang telah termaktub sekian lama? 


mungkin cemburu. mungkin juga kutukan sinis.


salah kah tiada perempuan? best sangat kah kalau ada perempuan? tidak. mereka tidak tahu bagaimana hidup dengan rakan-rakan yang sejenis. bagaimana rasanya belajar bersama kaum-kaum yang kebanyakannya malas-malas belaka. bagaimana rasanya hidup bersama-sama rakan yang tiada langsung tarikan nafsu.


pada mereka perempuan itu membawa seribu ertinya. dapat tengok awek yang cun-cun bergelek-gelek kat kelas. dapat ngendap tengah malam. dapat tengok coli mereka. mungkin itu satu kepuasan bagi mereka. sudah tentu kalau berada di sekolah lelaki, no such things will come to your mind. tak pernah terfikir pun walau sejenak untuk mengendap lelaki. hell no.


so apa yang best nya?


bagi saya, apa yang best sangat tentang sekolah kita ni, mungkin tradisi dan kisah lampau  yang teramat banyak menjadikan ianya begitu menarik. keadaan sekeliling dan juga pengalaman yang kita peroleh selama 5 tahun berada di situ tidak ketinggalan juga ilmu-ilmu yang diberikan oleh guru-guru yang senantiasa berusaha mengajar anak-anak melayu yang bernasib baik ini.


tiada perempuan. tak apalah. boleh saja cari awek kat sekolah lain. STF pun sekolah perempuan saja. TKC pun sama. mungkin kita boleh mencuba nasib badan di sana. no offence.


pengalaman dan kisah lampau? tak terkata banyaknya. antara epik yang saya minat ialah cerita 'sir...water sir'. mungkin agak mengerikan bagi sesetengah orang, tapi bagi saya ia merupakan satu sejarah, satu nukilan, satu seni yang disampaikan secara turun-temurun dari senior-senior yang terdahulu. 


walau apa pun, yang paling best mungkin sebab adanya semangat keabang-abangan. betul ke tak ni? bunyi macam jijik je. brotherhood. ha mungkin itu lagi sedap bunyinya. kemana saja kita bersama. mandi sama-sama. makan sama-sama. main sama-sama. tidur sama-sama. fly pun sama-sama.


banyak aktiviti yang kita dah lakukan bersama dan saya yakin ia sedikit sebanyak telah mengeratkan hubungan keabang-abangan antara kita. tapi bukanlah sehingga ke tahap ingin menjuburi rakan sendiri. cukup sekadar saling menyayangi antara satu sama lain. ada perasaan ingin berjaya seperti rakan-rakan yang lain. its a clean competition to me.


so sekarang pun banyak LEONAIRATS yang dah berlepas ke seluruh pelusuk dunia sampai saya sendiri pun tak ingat mereka sambung belajar di mana. saya doakan agar semua lakukan yang terbaik unutk diri sendiri dan negara. yang berada di malaysia pula jangan susah hati, walaupun kurang bernasib baik, mungkin rezeki kita ada pada masa akan datang. jadi, jangan lupa untuk teruskan usaha masing-masing untuk memperbaiki diri sendiri.


peace.




menyedari bahawa kisah-kisah silam di alma mater kita dahulu, sekolah tuanku abdul rahman, ipoh atau nama klasik nya malay secondary school ataupun nama melayu nya sekolah melayu ipoh, blog ini ditubuhkan untuk kita kembali bergosip dan kembali menelaah kehidupan sepanjang berada di bumi ipoh.
hal ini kerana ramai antara kita tak mungkin akan seronok berbincang tentang biochemical oxygen demand (BOD) semasa kelas biologi mahupun tentang ayat "the tendency of an object to continue its movement in a straight line, or if not, to remains constant" yang mana ia merujuk kepada konsep inersia.
kita juga tidak bisa berbincang dan berdebat ala parlimen, PPM, piala perdana menteri, kita lebih berminat untuk memerihalkan suasana, pengalaman yang menggeletek jiwa seperti kisah pelajar freshie form 4 yang tertusuk perut dengan besi ketika lari daripada anjing belaan pak guard-pak guard STAR.
maka, diharapkan agar blog ini mampu menjadi satu wadah yang lebih radikal, subversif, berhaluan kiri, pernyataan yang lebih berani dan tanpa segan silu untuk membuka pekung di dada. segala bentuk sumbangan memorabilia amat lah dihargai tidak kira dalam bentuk penulisan mahupun gambar-gambar yang mengusik rasa.
akhir kata, "starian sekali, starian selamanya"