Sabtu, 5 Mac 2011

March 2011

setiap hari mata yang semakin rabun pasti memandang skrin.


antara sedar atau tak,melihat kawan-kawan yang semakin tinggi memanjat tangga dunia.


"nampak Berg dengan Yu naik pentas dengan Vice Chancellor,sebagai MPP Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Perubatan."

"Hariz dan Sayut dapat cuti percuma sebab Mesir darurat"

"Ismeth berlakon jadi orang mabuk sempena Pekan Teater UKM"

"Mursyid dengan Hadi sibuk mengembangkan bisnes Skor A"

"Cinok dah masuk Malaysian Institute of Aviation Technology"

"Ijat baru balik vacation dekat Thailand"

"follower blog dakwah Iba dah lebih 1000 orang"

"dengar cerita Kimy dah bertunang?"

"Zamy rajin masak sendiri...homesick agaknya."


perjalanan yang dikatakan masih panjang,secara tidak kita sedari,sebenarnya destinasi semakin jelas di depan mata.

lagu sekolah yang kita nyanyikan...sedikit demi sedikit,seruan "bangunlah" itu semakin termakbul.walaupun kelajuan mungkin berbeza,tetapi tangga yang kita panjat tetap sama..iaitu tangga mencari kegemilangan hidup,dunia dan akhirat.


"semua orang dah move on.sekarang turn aku pulak." -Adli Nordin,2010


dan kemudian aku tanya diri aku sendiri " aku dekat mana sebenarnya? "

Sabtu, 8 Januari 2011

melancholism

suasana waktu subuh di blok-blok asrama Sekolah Tuanku Abdul Rahman takkan ditemui di mana-mana SBP lain.


ada yang menyakitkan hati.


"BANGGG BANNGGG BANGGG BANGGGG!!!!!"
(bunyi Zabir ketuk loker)


"KEBUSSSSSSSSHHHHHH"
(bunyi Jogras simbah air)


ada yang kelakar.


"sorong papannnnn,tarik papannnnnnn...buah keranjiiii dalam perahuuuu.suruh makannnnn,dia makannnnnn.suruh bangun subuh,dia tak mahuuuuu!!!"

-Cikgu Shahnun,2007.


ada yang menakutkan.

"SAYA KIRA SAMPAI TIGA,ADA LAGI ATAS KATIL,SIAP."

-codename R.


kita memang benci pada bunyi-bunyi dan suara-suara tersebut pada ketika itu.sesaat terjaga bila terdengar jeritan warden di blok Green,budak-budak Yellow( yang kurang berdisiplin) akan segera menyorok di dalam tandas,stor,dll sebab malas nak cross padang yang berembun untuk solat subuh berjemaah.

perkara-perkara pelik seperti minum air dengan pinggan,makan maggi dgn hanger (lol),jambu-betik relationship,skandal misteri,serta aktiviti kerok(?) merupakan benda-benda yang sentiasa didengari sepanjang zaman persekolahan kita.

legasi High Council yang beroperasi secara sulit ibarat Team Rocket juga pernah mengejutkan negara dengan kegiatan-kegiatan mereka.bukan salah kita,salahkan senior-senior yang kini bergelar menteri dan CEO yang mula-mula menubuhkan budaya tersebut.


yang paling terkenal ialah sindrom fly. boleh dikatakan,seorang Starian tidak akan lengkap dari segi pengalamannya jika dia tidak pernah fly walaupun sekali.biarpun Aiman Naim mahupun Aiman Rosli juga tidak terkecuali dari turut terjelepok dalam sindrom berjangkit ini.


in other words,it is hard to say that we are clean.


tapi,tidak semuanya yang kita lakukan adalah salah.setiap perkara ada baik dan buruknya.terjebak dalam pelbagai aktiviti yang pelik-pelik seawal umur 14 tahun,sambil berusaha untuk merahsiakan segala perkara tersebut dari pengetahuan orang lain bukanlah sesuatu yang mudah.


sebenarnya dari semua itu kita belajar sesuatu yang baru. kita turut belajar tentang baik dan buruk.kita mencari jalan keluar dan penyelesaian.kita melindungi rakan-rakan.kita belajar menyayangi sesama saudara.kita melakukan dosa,dan kita bertaubat daripadanya.


dianugerahkan Tuhan teman-teman sebahtera  dengan mentaliti yang serupa,kita berubah. ada yang menjadi lebih baik,ada yang menjadi lebih buruk.akan tetapi pada pangkalnya,pernahkah sekali kita lupa,bahawa kita semua manusia ciptaan Allah?


tidak pernah.


walaupun mungkin,pencapaian akademik merupakan matlamat kedua,atau ketiga atau keempat atau kesepuluh sekalipun; di alma mater tersebut kita belajar menjadi dewasa.kita menjadi lebih menghargai apa yang kita miliki. berkawan lebih erat dari mana-mana pelajar batch yang lain.


"...who had never been ashamed of their actions in youth,have never lived their youth to their fullest,don't you think?"
-Hideaki Sorachi,2010.


apa yang pasti,waktu subuh kini tidak ada lagi jeritan warden.tidak ada bunyi siren pada pukul 11.30 malam.tidak ada padang luas terbentang dan bau bubur chacha di dining hall.tidak ada perhimpunan pagi di padang basketball,serta tidur lewat malam menyiapkan khemah untuk hari sukan.


...cuma bunyi-bunyi bacaan mentera dari jiran beragama hindu,serta raungan jalan raya di Shah Alam.

...bilik-bilik air yang penuh di Kolej Za'ba.

...internet yang lembap di Kolej Tun Hussein Onn.

...kesesakan lalu lintas di Pantai Dalam.

...kesejukan yang menggigit tulang di Rochester,New York.

...teman serumah yang memasak khinzir di United Kingdom.

...pensyarah yang berat sebelah di Mansoura dan Alexandria.

...debaran dalam pesawat menuju Jerman.

...gigitan nyamuk sawah di Perlis.

...kebingitan suasana malam di Sunway.

...gelap hutan dan kepiluan hati di Sarawak.


dalam langkah menuju dunia yang deras,sekali sekala kita ingin berhenti melepas lelah.dan pada waktu itu,berpalinglah ke belakang.kerana mereka semua pasti hadir,masih lagi tersenyum dan berpaut bahu ke bahu,menyanyikan lagu yang kita suka.



selamat ulang tahun ke 8,Starian037.





"All great people are ahead of their time.they think differently,act differently,yet keeping their sanity and faith; for once again in life they'll come to treasure what God bestowed them,of enlightenment and greatness."
-Ahmad Nazirun Mubin,7.1.2011

LEONAIRATS 037 8th Anniversary

starian batch of 47


hari ni, 8/1/11, genaplah 8 tahun sudah tali persahabatan gay/abang/adik LEONAIRATS 037. walaupun secara jujurnya aku sendiri pun agak geli dengan nama tu, tapi lama kelamaan melekat juga lah dalam jiwa.


biarlah mereka kata sekolah kita gay,
biarlah mereka kata sekolah kita tak hebat,
biarlah mereka kata sekolah kita tak best sebab takde perempuan.


sebab bagi aku, mereka yang mengutuk ni sebenarnya tak dapat rasa apa yang kita rasa. persahabatan yang tiada tolok bandingnya.


buat apa nak ada blok perempuan kalau dah sekolah kat tengah bandar ipoh? nak usha awek, keluar sekolah je berterabur awek kat luar. nak cuci mata ke, nak cuci adik ke, nak dating ke, semua tu tiada batasan.


daripada apa yang pernah aku rasai kat sekolah dulu memang tak boleh nak gambarkan dengan keadaan sekarang. fly sana sini, kejar anjing sana sini, bogel-bogel kat blog, kacau student time nak pmr ngan spm, vandal properties sekolah, main kejar-kejar dengan warden sampai jusco, kantoi tak pergi prep, lepak mamak pagi-pagi buta, stay up semata-mata nak main dota kat cc belakang jusco, kacau pondan-pondan, kutip souvenir dari junior, kantoikan member gay. pergh best gila la syal.


banyak lagi, tapi aku tak mampu nak recall.


so,
siapa kata kalau dok sekolah lelaki tak boleh ada awek?
siapa kata kalau dok sekolah lelaki tak best?
siapa kata kalau dok sekolah lelaki takde life?


kalau kau yang kata camtu, keturunan kau memang bangang.


p/s hepi bfday leonairats.